‘Sedut dahulu, baru pergi sekolah’

Oleh – Syeikh Baran


‘Sedut dahulu, baru pergi sekolah’
‘Energy stick’ dijual serendah RM2.50 di pasaran secara berleluasa.

“Sedut dahulu, baru pergi sekolah atau sedut dahulu baru mulakan kerja.”

Itulah antara ‘tagline’ yang digunakan oleh sesetengah penjual dalam mempromosikan produk ‘energy stick’ kepada pengguna.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, ‘energy stick’ atau penyedut hidung (nasal inhaler) merupakan produk terbaharu yang popular dalam kalangan pelajar sekolah.



Menurut PHM, ia adalah produk pemula yang boleh menjerat pengguna kepada penggunaan vape dan dadah.

“Ia dijual secara berleluasa dengan harga serendah RM2.50 hingga RM10 sahaja.

“Produk penyedut hidung (nasal inhaler) ini di promosikan sebagai produk untuk memberi tenaga dan untuk memberi kesegaran kepada pengguna.

“Ia bersaiz kecil , hanya sebesar pemetik api, berwarna warni dan didatangkan dengan pelbagai perisa. Ada dua corong yang muat ke lubang hidung dan boleh di sedut melalui hidung terus ke paru paru,” kata PHM.



Tambahnya, antara kesan buruk dari penggunaan produk tersebut adalah kerosakan mukus di dalam rongga hidung sekali gus berisiko mengalami luka, pendarahan dan jangkitan.

“Jika diperhatikan, pengambilan produk ini sama seperti pengambilan dadah melalui hidung “snorting” dan secara psikologinya adalah sangat negatif kerana mengalakkan pengguna untuk mencuba bahan bahan lain termasuk dadah.

“Alahan dan keracunan juga boleh berlaku kerana bahan yang digunakan tidak diketahui,” jelas PHM.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading