Bilakah Najib Akan Di Bebaskan, 2026 Atau 2028 Atau Lebih Awal Lagi

Bilakah Najib Akan Di Bebaskan, 2026 Atau 2028 Atau Lebih Awal Lagi

Bilakah Najib Akan Di Bebaskan, 2026 Atau 2028 Atau Lebih Awal Lagi

Isu DS Najib yang hanya mendapat pengurangan separuh dari tempoh hukuman penjara masih lagi hangat dibahaskan di media sosial.

Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh YDP Agong ke XVI, Al Sultan Abdullah telah mengurangkan hukuman penjara DS Najib dari 12 tahun kepada 6 tahun.

Manakala denda yang dikenakan ke atas DS Najib pula dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta.



Media arus perdana melaporkan, dengan pengurangan hukuman penjara DS Najib, tarikh awal pembebasan beliau adalah pada 22 Ogos 2028.

Namun, sekiranya DS Najib tidak menjelaskan denda sebanyak RM50 juta, hukuman penjara akan ditambah 1 tahun lagi.

Ini bermakna tarikh awal pembebasan DS Najib sekiranya tidak membayar denda adalah pada 22 Ogos 2029.

Penulis tidak pasti sama ramai yang keliru dengan laporan media perdana atau media perdana sendiri tersilap memberikan fakta.



Tarikh awal pembebasan yang dimaksudkan adalah tarikh yang dikira berdasarkan kepada hukuman mahkamah.

Atau tarikh awal yang dikira selepas ditolak pengurangan hukuman yang diberikan Lembaga Pengampunan.

Namun begitu, tarikh pembebasan akan bertukar apabila banduan atau surat pengurangan hukuman sampai di penjara.

Menurut Peraturan 43(1)(a) Akta Penjara 1995, setiap banduan yang menjalani hukuman bagi tempoh melebihi sebulan layak mendapat remit hukuman penjara.



Remitan yang diberi adalah 1/3 dari hukuman yang dijatuhkan atau selepas ditolak tempoh pengurangan hukuman penjara.

Dalam kes DS Najib, hukuman penjara beliau telah dikurangkan dari 12 tahun kepada 6 tahun penjara.

Selepas ditolak dengan remit hukuman penjara yang beliau layak, maka beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 4 tahun dari tarikh hukuman.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara pada 23 Ogos 2022.



Ini bermakna, dengan pengurangan, hukuman penjara beliau akan tamat pada 22 Ogos 2026 dan bukannya 22 Ogos 2028.

DS Najib Juga Layak Mendapat Pelepasan Parol

Selain dari remitan hukuman penjara yang diperolehi, DS Najib juga boleh dibebaskan lebih awal dari Ogos 2026 pelepasan secara perintah parol.

Syarat kelayakan untuk seseorang banduan memohon pelepasan parol adalah sudah menjalani 50% dari tempoh hukuman pemenjaraan tanpa menolak remitan hukuman.

Ini bermakna, DS Najib mesti menghabiskan tempoh 3 tahun dari hukuman 6 tahun pemenjaraan.



Dalam artikata lain, sekiranya mendapat pelepasan parol, maka DS Najib akan keluar penjara pada selepas Ogos 2025.

Namun begitu, tidak seperti remitan hukuman, pelepasan parol mesti dipohon dan diluluskan oleh Lembaga Parol.

Permohonan Pengampunan Penuh Dan Semakan Kehakiman Kali Kedua

Di samping itu, DS Najib juga boleh memohon pengampunan penuh kali kedua dari SPB YDP Agong ke XVII, Sultan Ibrahim.

Tiada had untuk seseorang yang telah disabitkan kesalahan untuk memohon pengampunan penuh dari YDP Agong.



Malah sudah ada precedent, di mana pengampunan dipohon oleh pesalah dari YDP Agong.

Mokhtar Hashim telah memohon pengampunan dari YDP Agong dan telah diberikan keringanan hukuman dari hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

Kemudian sekali lagi Mokhtar Hashim telah memohon pengampunan dan telah diberikan pengampunan penuh oleh YDP Agong.

Ia adalah hak prerogatif YDP Agong untuk memberikan pengampunan dan ianya tidak boleh dicabar di mahkamah.

Malah, ianya tercatat di dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Kepada penyokong setia DS Najib dan mereka yang memperjuangkan keadilan, jangan gundah gelana, masih ada cahaya di hujung terowong.

Teruskan perjuangan, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.

Bilakah Najib Akan Di Bebaskan, 2026 Atau 2028 Atau Lebih Awal Lagi

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button