Dilamar ketika ‘rompakan’

Oleh – Syeikh Baran


Dilamar ketika 'rompakan'

Seorang lelaki di Colombia melakukan kelainan dan pendekatan agresif apabila melamar teman wanitanya untuk berkahwin dengan melakukan ‘prank’ rompakan bersenjata.



India Times melaporkan, dalam satu video yang sempat dirakam, lelaki itu melakukan simulasi rompakan di jalanan sebelum mengejutkan teman wanitanya dengan lamaran perkahwinan.

Insiden mengejutkan dan luar biasa itu mendapat perhatian meluas di Internet hingga membuatkan penonton terpegun dan tertarik.

Rakaman bermula dengan sebuah kereta merah berhenti di satu persimpangan, sebelum tiba-tiba seorang pejalan kaki dan dua individu yang menaiki motosikal menghalang laluannya.

Pasangan yang berada di dalam kereta itu kemudian berdepan dengan salah seorang lelaki yang mengacukan pistol ke arah wanita itu.



Dua ahli kumpulan ‘penculik’ itu kemudian memaksa lelaki berkenaan melutut sambil meletakkan wanita di hadapannya.

Kekecohan itu terhenti apabila lelaki yang berlutut mengeluarkan sebentuk cincin untuk melamar teman wanitanya.

Menyedari ia hanya gurauan, wanita itu menampar teman lelakinya sebelum menyarungkan cincin pada jarinya.

Tindakan berani lelaki itu mencabar norma lamaran tradisional dan menjadi sensasi tular hingga mencetuskan perdebatan mengenai cara menzahirkan cinta.



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button