Lelaki dera anak saudara sehingga mati akan dituduh membunuh esok

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki dera anak saudara sehingga mati akan dituduh membunuh esok
Laporan BH sebelum ini berkenaan kes seorang budak setahun maut dipercayai didera.

Lelaki yang disyaki mendera anak saudara sehingga maut di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, di sini, pada 24 Januari lalu akan dituduh membunuh esok.

Bapa saudara berusia 20-an terbabit akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata hanya lelaki itu akan didakwa manakala isterinya tidak didakwa bersama.



“Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera suami isteri yang juga ibu bapa saudaranya.

Mangsa yang berusia setahun enam bulan itu dikatakan tidak sedarkan diri di kediaman terbabit sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam oleh bapa saudaranya berusia 20-an.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika rawatan dan hasil pemeriksaan serta bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat didera.



Difahamkan, kanak-kanak terbabit dihantar ke rumah suspek setiap kali ibu bapanya ke tempat kerja dan dijaga oleh pasangan suami isteri itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami lebam dan kecederaan beberapa organ dalaman.

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button