Onn Hafiz, Rozi Mamat dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu

Oleh – Syeikh Baran


Onn Hafiz, Rozi Mamat dilantik Pengerusi Jawatankuasa BN Johor, Terengganu
Onn Hafiz (kiri), Rozi Mamat

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat masing-masing dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa BN Johor dan Terengganu.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin.

Pada masa sama, Zambry berkata, Dewan Tertinggi gabungan politik itu juga bersetuju sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi menyelaras semua program sempena Ulang Tahun Jubli Emas BN yang bakal disambut pada Jun ini.



Beliau berkata, BN turut merafak sembah tahniah kepada Sultan Ibrahim yang dimasyhur sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas.

“Semoga pemerintahan Kebawah Duli Tuanku akan membawa Malaysia ke arah (masa depan yang lebih) makmur dan sejahtera.

“BN turut menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16,” katanya. – Bernama

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker