Singapura tamatkan sistem TraceTogether, SafeEntry

Oleh – Syeikh Baran


Singapura tamatkan sistem TraceTogether, SafeEntry
Kedua-dua aplikasi itu diperkenalkan di Singapura pada 2020 ketika dunia dilanda pandemik Covid-19. Foto Agensi

Kesemua data pengesanan kontak peribadi berkaitan Covid-19 di Singapura telah dipadamkan daripada sistem digital TraceTogether dan SafeEntry selepas penggunaannya ditamatkan berkuat kuasa Isnin.

Perkhidmatan digitalisasi kerajaan, Smart Nation Group mengesahkan pemadaman data tersebut dilakukan pada Khamis lalu kecuali data TraceTogether yang dikaitkan dengan kes pembunuhan pada Mei 2020.



“Butiran sebelum ini yang disimpan untuk membolehkan persediaan dan pendaftaran segera jika kemunculan varian yang membimbangkan (VOC) baharu juga sudah dipadamkan. Selain itu, infrastruktur digital yang menyokong sistem itu juga telah dibubarkan bersama penutupan laman web berkaitan.

“Bagi data yang ada kaitan dengan kes pembunuhan, ia akan kekal dalam simpanan polis,” jelasnya.

Kedua-dua aplikasi itu diperkenalkan pada 2020 ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan bersama Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung dan Menteri Kanan, Teo Chee Hean yang bertanggungjawab bagi tadbir urus data digital kerajaan dan sektor awam.

“TraceTogether dan SafeEntry telah banyak membantu ketika fasa akut pandemik Covid-19 dengan mempercepatkan usaha pengesanan kontak rapat dan membolehkan pelaksanaan langkah pengurusan selamat komuniti,” jelas Smart Nation Group dalam satu kenyataan. – Agensi



Sumber – SINAR HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading