Penjawat awam makan suap RM16,000 luluskan pecah tanah direman

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam makan suap RM16,000 luluskan pecah tanah direman
Suspek ketika dibawa proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor.

Seorang penjawat awam direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes suapan RM16,000 untuk meluluskan pecah bahagian tanah sebuah pejabat daerah dan tanah di negeri.

Perintah reman bermula hari terhadap suspek wanita berusia 40an dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali.

Sumber berkata, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kuala Selangor.



Katanya, siasatan mendapati wang rasuah itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya pada tahun 2022.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada tiga pemilik tanah di sekitar daerah tersebut yang ingin memohon kelulusan pecah bahagian tanah,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker