Penunggang motosikal maut, seorang lelaki ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Penunggang motosikal maut, seorang lelaki ditahan
MOTOSIKAL mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di Temerloh, Pahang semalam.

Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan pagi ini selepas disyaki menggunakan kekerasan terhadap seorang anggota polis ketika sedang menjalankan tugas semalam.

Insiden itu berlaku apabila seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta di KM127 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini.



Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan memberitahu, hasil semakan mendapati suspek tersebut memiliki tiga rekod lampau berkaitan jenayah.

“Anggota polis yang bertugas didatangi sekumpulan lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat dan menerkam serta menolak anggota tersebut di tempat kejadian.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti suspek lain yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mazlan memberitahu mangsa yang maut dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan sebelum merempuh kereta jenis Perodua Myvi ketika yang sedang membuat pusingan U.



“Akibat daripada pelanggaran tersebut penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan,” ujarnya.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button