Kereta terkandas kerana Google Maps

Oleh – Syeikh Baran


Kereta terkandas kerana Google Maps
Kereta tersebut terperangkap di laluan bertanah yang curam di tengah-tengah kawasan berbukit. – TikTok

Seorang wanita yang menggunakan aplikasi pemetaan Google Maps untuk pergi ke sebuah kedai kopi,  terkandas di  kawasan berbukit selepas kenderan dipandunya melalui jalan tidak berturap, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Berdasarkan video  di platform TikTok, wanita tersebut dilihat berdiri di luar kenderaannya  yang tidak dapat bergerak.



Menurut laporan, pemandu tersebut bertolak ke sebuah kedai kopi di kawasan berbukit Khao Kho dengan berpandukan Google Maps.

Namun, ia berubah menjadi perjalanan berbahaya apabila Sistem Pengesanan Global (GPS) membawa kereta itu melalui kawasan yang semakin lasak.

Lebih memburukkan keadaan, kereta baharu itu terperangkap di laluan  curam di tengah-tengah kawasan berbukit.

Wanita  itu terpaksa meminta  bantuan daripada kampung berhampiran sebelum sebuah kenderaan pacuan empat roda  tiba dan membantunya.



Video itu menjadi tular di laman sosial dengan ramai netizen turut berkongsikan pengalaman buruk mereka menggunakan aplikasi pemetaan sehingga menyebabkan mereka tersasar arah. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button