Marianne Williamson umum tarik diri

Oleh – Syeikh Baran


Marianne Williamson umum tarik diri
(Gambar fail) Marianne Williamson – FOTO REUTERS

Calon daripada parti Demokrat, Marianne Williamson, semalam mengumumkan menarik diri daripada persaingan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024, lapor Xinhua.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik melalui YouTube, Williamson yang juga seorang pengarang berkata: “Sudah tiba masanya untuk menggantung kempen saya bagi (pemilihan) Presiden.”



Pengunduran Williamson itu menjadikan Ahli Kongres AS, Dean Phillips kini muncul pencabar tunggal kepada penyandang kerusi Presiden, Joe Biden yang memenangi kokus New Hampshire dan Nevada peringkat primari dengan mudah, baru-baru ini.

Bekas Presiden AS, Donald Trump pula memenangi kokus parti Republikan di Iowa dan New Hampshire, selain dijangka mencatat keputusan sama bagi kokus Nevada yang dijadualkan pada Khamis.

Pilihan Raya Presiden AS pada peringkat primari akan berlangsung hingga Jun depan.

 
Pilihan Raya Presiden AS 2024 akan diadakan pada 5 November depan. – BERNAMA-XINHUA
 
Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button