Tangan tertusuk anak panah ketika tangkap ikan

Oleh – Syeikh Baran


Tangan tertusuk anak panah ketika tangkap ikan
Anak panah yang tertusuk pada tangan kanan remaja lelaki ketika menangkap ikan di Ranau. – Foto ihsan bomba

Seorang remaja lelaki cedera selepas tangan kanannya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan di sini.

Mangsa berusia 18 tahun kemudian dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan.



Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba selepas sukar untuk mengeluarkan anak panah terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba Ridwan Mohd Taib, berkata pihaknya menerima panggilan daripada Jabatan Kecemasan Hospital Ranau, pada jam 9.39 malam tadi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Ranau digerakkan ke lokasi berkenaan.

“Mangsa lelaki tertusuk panah di tangan kanan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan dan berada di hospital.



“Anggota bomba memotong besi panah menggunakan pemotong khas dan seterusnya diserahkan kepada hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, keadaan mangsa dilaporkan stabil dan operasi tamat pada jam 9.53 malam.

From: junaidi

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button