Konsert Coldplay di Kuala Lumpur catat penonton paling ramai

Oleh – Syeikh Baran


Konsert Coldplay di Kuala Lumpur catat penonton paling ramai
Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 22 November tahun lalu

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 22 November tahun lalu mencatat kehadiran penonton paling tinggi sepanjang karier mereka.

Menurut maklumat dikongsi Coldplay Charts, tiket acara dianjurkan Live Nation Malaysia itu berjaya dijual sebanyak 81,812 dengan jumlah keuntungan kasar berjumlah RM52 juta.

Faktor utama sambutan luar biasa itu tidak lain disebabkan band dari Britain itu cuma mengadakan konsert sehari saja di sini.

Tambahan pula, ia konsert julung kali mereka di Malaysia.



Coldplay dianggotai Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion turut terkejut dengan sambutan luar biasa itu.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker