4 terbunuh insiden tembakan di pasar

Oleh – Syeikh Baran


4 terbunuh insiden tembakan di pasar
Gambar hiasan

Sekurang-kurang empat terbunuh dan seorang cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah pasar di bandar Rustavi yang terletak 20 kilometer (km) dari ibu negara Georgia.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan berkata, penyerang bersenjata itu bagaimanapun telah ditahan.



Insiden tembakan massa jarang dilaporkan berlaku di Georgia.

Namun pada Januari 2023, seorang bekas tentera membunuh enam orang termasuk dirinya, selain mencederakan lima lagi apabila melepaskan tembakan dari balkoni pangsapurinya. – REUTERS

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button