Imran Khan guna kecerdasan buatan (AI) isytihar kemenangan

 

Oleh Pena Merah

Imran Khan guna kecerdasan buatan (AI) isytihar kemenangan
Penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif (tiada dalam gambar) dan ketua parti Liga Muslim Pakistan Nawaz (PMLN), berkumpul di ibu pejabat pejabat PMLN sehari selepas pilihan raya kebangsaan Pakistan, di Lahore, semalam

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang kini menjalani hukuman penjara, menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu, semalam.

Dalam ucapan kemenangan yang dijana AI, Khan memuji orang ramai yang “keluar beramai-ramai untuk mengundi,” sambil menyatakan bahawa “gerak balas yang belum pernah terjadi sebelumnya” di negara itu membolehkan kemenangan besar parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pada pilihan raya umum 2024, lapor Agensi Anadolu.

“Kami sedang mendahului di lebih 170 kerusi Dewan Perwakilan,” kata Khan dalam mesej yang disiarkan dalam akaun X beliau.



Beliau mengkritik lawannya, pemimpin Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) Nawaz Sharif yang membuat ucapan kemenangan walaupun ketika partinya ketinggalan berbanding PTI.

Khan yang dipenjarakan sejak Ogos lepas, menggesa orang ramai “meraikan dan mengadakan solat syukur.”

“Selepas dua tahun penindasan dan ketidakadilan,” Khan mendakwa bahawa PTI memenangi pilihan raya umum 2024 dengan “majoriti dua pertiga.”

Nawaz Sharif menggesa penubuhan “kerajaan perpaduan,” dengan meminta parti-parti lain menyertainya.



Berjuta-juta rakyat Pakistan mengundi pada Khamis untuk memilih parlimen baharu dan empat dewan wilayah.

Calon bebas yang disokong oleh parti PTI mendahului sementara menunggu keputusan penuh pilihan raya.

Parti bebas yang bergabung dengan PTI, memenangi sekurang-kurangnya 95 kerusi, diikuti oleh PML-N dengan 66 dan Parti Rakyat Pakistan kiri tengah dengan 51.

Keputusan akhir dijangka diketahui dalam tempoh beberapa jam.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker