Roda belakang motosikal lesap

Oleh – Syeikh Baran


Roda belakang motosikal lesap
RODA belakang sebuah motosial dicuri di jeti feri Koh Loy baru-baru ini. – Foto The Pattaya News

Roda belakang sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran jeti feri Koh Loy di daerah Sri Racha, wilayah Chonburi hilang dipercayai akibat dicuri, lapor portal berita The Pattaya News kelmarin.

Manga kecurian yang merupakan warga Thailand, Jariya Pratoomdech, 35, membuat laporan polis bahawa dia meletakkan motosikal miliknya di jeti tersebut pada Isnin lalu.
 

Jariya meletakkan motosikal di jeti tersebut kerana hendak menaiki bot ke pulau Koh Sichang dan pulang keesokan harinya.



Apabila pulang,  dia mendapati motosikalnya tidak lagi mempunyai roda belakang.

Jariya kemudian membuat a­duan di Balai Polis Sri Racha.

Wanita itu mengadu bahawa dia menggunakan motosikal tersebut untuk membawa anak­nya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button