Banyak agensi cari jodoh muflis

Oleh – Syeikh Baran


Banyak agensi cari jodoh muflis
Kewujudan aplikasi mencari pasangan menjejaskan agensi rundingan perkahwinan. -Getty Images

Satu tinjauan pendapat dilakukan oleh firma penyelidikan, Teikoku Databank Ltd. mendapati terdapat lonjakan dalam bilangan agensi mencari jodoh yang jatuh muflis di Jepun, lapor akhbar The Maniachi.

Sebanyak 11 agensi berkenaan di Jepun disahkan muflis sepanjang tahun 2023, manakala 11 lagi sama ada ditutup, digantung operasi atau dibubarkan.  



Selain itu, kewujudan aplikasi mencari jodoh secara online turut menjejaskan permintaan orang ramai kepada khidmat perunding perkahwinan konvensional. 

Kaji selidik berasingan oleh firma Meiji Yasuda Life Insurance Co pada November 2023 pula mendedahkan bahawa satu dalam setiap empat pasangan yang berkahwin, bertemu jodoh melalui aplikasi online.

Perubahan terkini menyaksikan beberapa agensi mencari jodoh cuba menarik pelanggan dengan menawarkan sesi temu duga online dan mengadakan parti mencari pasangan supaya pelanggan dapat bertemu kenalan baharu.

Bagaimanapun, segelintir agensi menawarkan sesi tersebut sebagai perkhidmatan asas dan terdapat persaingan harga. Kos pengiklanan tinggi juga memberi tekanan kepada agensi mencari jodoh. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading