Pempengaruh dakwa dipukul ketika dalam tahanan

Oleh – Syeikh Baran


Pempengaruh dakwa dipukul ketika dalam tahanan
GAMBAR HIASAN

Polis menyiasat isu tular di media sosial berkaitan seorang pempengaruh mendakwa dipukul ketika berada dalam tahanan pada 9 Januari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi menyiasat dakwaan berkenaan.



Katanya, individu berkenaan juga telah dibawa ke hospital bagi tujuan pemeriksaan.

“Polis mengesan satu hantaran di media sosial oleh seorang pempengaruh yang mengatakan dia telah dipukul hingga menyebabkan kecederaan ketika dalam tahanan polis.

“Menerusi video itu juga, lelaki tersebut mendakwa polis seolah-olah memberi perlindungan kepada operasi kedai nombor ekor haram manakala pemberi maklumat pula dipukul dan dihadap ke mahkamah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, siasatan dilakukan pihaknya mengesahkan pempengaruh tersebut telah ditahan pada 9 Januari lalu susulan laporan polis oleh seorang wanita.



Katanya, wanita tersebut mendakwa diugut enam lelaki dengan meminta wang perlindungan sekiranya tidak mahu disusahkan.

“Satu kertas siasatan berkaitan dakwaan itu dibuka dan lelaki itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada 15 Januari lalu dan dituduh mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 56 saat yang memaparkan dakwaan tersebut dengan menyatakan polis melepaskan pesalah tauke judi nombor ekor sebaliknya menangkap individu yang membongkar kegiatan berkenaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading