Meta bimbang risiko Zuckerberg cedera, mati ketika berlatih lawan Musk

Oleh – Syeikh Baran


Meta bimbang risiko Zuckerberg cedera, mati ketika berlatih lawan Musk
MARK ZUCKERBERG (kiri) dan Elon Musk (kanan). – Foto Getty Images

Minat pemilik syarikat teknologi Meta, Mark Zuckerberg terhadap pertarungan sangkar menentang pengasas bersama kenderaan elektrik Tesla, Elon Musk boleh memberi kesan buruk kepada perniagaannya, lapor portal berita RT semalam.

Menurut amaran Meta kepada para pelabur, minat tersebut berisiko membawa kesan buruk jika Zuckerberg, 39, mengalami kecederaan serius atau mati semasa berlatih.



Meta yang merupakan syarikat induk laman Facebook dan Instagram, turut menyatakan bahawa minat mendalam itu berkemungkinan boleh menjejaskan nilai sahamnya.

Semua kemungkinan itu terkandung dalam laporan tahunan Meta yang difailkan pada bulan ini kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) untuk 2024, 

Syarikat itu menyatakan bahawa Zuckerberg mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berisiko tinggi seperti sukan pertempuran yang boleh membawa risiko kecederaan serius dan kematian.

Pada November tahun lalu, Zuckerberg mendedahkan di platform Instagram bahawa dia mengalami kecederaan ligamen  semasa berlatih untuk pertarungan Sukan Seni Bela Diri Campuran (MMA).



Zuckerberg pernah secara bergurau mahu menentang Musk, 52, yang juga pemilik syarikat aeroangkasa, SpaceX dan platform X berikutan pertengkaran dengannya secara online. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading