Simpan rokok seludup bernilai RM877,800

Oleh – Syeikh Baran


Simpan rokok seludup bernilai RM877,800
Rusley (kanan) menunjukkan rokok putih yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di kawasan George Town, Pulau Pinang semalam.

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang merampas 840,000 batang rokok putih jenis Forman bernilai RM877,800 termasuk cukai di sebuah rumah di pusat bandar ini yang dipercayai dijadikan tempat simpanan rokok seludup, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komissioner Rusley Chi Ari berkata, pihak polis telah melancarkan OP Taring Landai / Kontraban bermula Selasa lalu di sekitar kawasan George Town.

“Menerusi pemerhatian dan risikan yang dijalankan, semalam Unit Risikan Marin (URM) telah berjaya mengesan sebuah rumah yang dijadikan tempat simpanan rokok tidak bercukai.



“Pemerhatian selama hampir 72 jam mendapati tiada orang yang hadir ke premis berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak polis menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas rumah tersebut dan berjaya merampas 84 kotak berisi 4,200 karton bersamaan 840,000 batang rokok putih jenis Forman.

“Kesemua rokok yang dirampas ini dianggarkan bernilai RM877,800 termasuk cukai. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rangkaian sindiket rokok seludup itu dan pemilik rumah tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, pihak polis akan terus menjalankan operasi dan serbuan bagi membanteras jenayah penyeludupan kontraban yang merugikan pihak kerajaan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker