Erra Fazira cantik macam Barbie, tak dimamah usia!

Oleh – Syeikh Baran


Erra Fazira cantik macam Barbie, tak dimamah usia!
ERRA FAZIRA

MESKIPUN usia sudah mencecah 50 tahun, kejelitaan yang dimiliki Erra Fazira memang tiada tandingannya.

Terbaharu, kecantikannya menjadi bualan ramai selepas tular video wajahnya disolek oleh jurusolek terkenal, Epie Temerloh ketika menjadi juri program The Masked Singer Malaysia musim keempat baru-baru ini.



Dalam video tersebut, Erra yang anggun memakai busana berwarna jingga dan merah jambu itu meraih pujian netizen yang rata-rata kagum dengan kejelitaannya sehingga disamakan seperti anak patung!

“Memang minat Erra sejak dulu hingga sekarang. Cantiknya macam anak patung!

“Macam anak patung Barbie, Erra tidak akan tua ke?” seloroh netizen.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button