Kecoh artis nikah di Songkhla berpisah tiada

Oleh – Syeikh Baran


Kecoh artis nikah di Songkhla berpisah tiada
ANTARA selebriti tanah air yang pernah hangat dek kisah pernikahan di Songkhla, Thailand.

DALAM beberapa hari kebelakangan ini, dunia hiburan tempatan kecoh tentang pernikahan ‘rahsia’ anak perempuan pelakon Norman Hakim dan Abby Abby Abadi, Marissa Dania Hakim, 19, dengan suami orang yang dikenali sebagai Aslam.

Pernikahan tersebut didakwa berlangsung Disember lalu di Songkhla, Thailand ketika isteri lelaki terbabit sedang mengerjakan umrah di Mekah.

Kecoh artis nikah di Songkhla berpisah tiada
KISAH pernikahan anak Norman dan Abby Abadi, Marissa kecoh diperkatakan sejak beberapa hari hari lalu.

Pelbagai reaksi diterima daripada masyarakat, sementelah Marissa dianggap masih terlalu muda untuk memilih tindakan yang disifatkan menconteng arang ke muka keluarganya



Sungguhpun begitu, sebelum Marissa, sudah ramai selebriti tempatan memilih untuk bernikah di Thailand dan negeri Utara Malaysia seperti di Perlis atas pelbagai sebab tertentu.

Ada yang bahagia sehingga kini, tetapi ada juga perkahwinan yang berakhir dengan perceraian.

Kecoh artis nikah di Songkhla berpisah tiada
Adira

Adira

Penyanyi Adira mencetuskan kontroversi apabila memilih untuk bergelar isteri kedua kepada usahawan, Datuk Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.



Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata aitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia setahun lima bulan, Adira telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 25 Oktober 2023 atas alasan tiada lagi sefahaman.

Kecoh artis nikah di Songkhla berpisah tiada
Serina Redzuawan

Serina Redzuawan

Perkahwinan kedua pelakon Serina Redzuawan bersama seorang pegawai polis dikenali sebagai Aidid pada April 2021 mencetuskan kontroversi.
Semuanya gara-gara ‘perang’ kenyataan antara Serina dan bapanya, Cef Wan. Cef Wan berasa kecewa kerana diketepikan anaknya pada hari bahagia itu dan mendakwa Serina bernikah di Thailand. Serina pula menafikan perkara tersebut dan memberitahu, dia dan suami bernikah dalam Malaysia.
Meskipun begitu, Serina kini terlihat bahagia hubungan dengan Cef Wan kembali harmoni.

Kecoh artis nikah di Songkhla berpisah tiada
Ashraf Muslim

Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim pernah menggemparkan industri hiburan apabila mengakui berpoligami dan bernikah dengan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Thailand.

Pernikahan tersebut menimbulkan kemarahan ramai apatah lagi hubungan dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman baru hendak memasuki tahun kedua. Ashraf dan Noor Dayana bernikah pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Meskipun begitu, Ashraf dan dua orang isterinya kini hidup bahagia bersama empat orang anak.

Kecoh artis nikah di Songkhla berpisah tiada
Syamsul Yusof

Syamsul Yusof

Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof juga sempat membikin gempar industri hiburan apabila mengaku telah bernikah dengan Faghirah Kazaruddin atau dikenali sebagai Ira Kazar pada 5 Januari 2023 lalu di Thailand.

Pernikahan kedua itu ditentang keras bukan sahaja isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana tetapi juga keluarganya.

Selepas berbulan-bulan kemelut melanda rumah tangganya, akhirnya Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah sah bercerai pada 14 Jun 2023.

Kecoh artis nikah di Songkhla berpisah tiada
Awie

Awie

Pelakon dan penyanyi terkenal, Datuk Awie juga pernah bernikah dengan Rozana Misbun secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005 dan bercerai pada 1 November 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.

Sebelum Rozana, Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Awie kemudian bernikah buat kali ketiga dengan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin juga di Songkhla pada 7 Oktober 2016. Awie tidak melihat perkahwinan sembunyi di Thailand itu sebagai satu kesalahan apabila pihaknya mengadakan kenduri secara besar-besaran yang turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker