Orang ramai bantu tolak kereta api

Oleh – Syeikh Baran


Orang ramai bantu tolak kereta api
ORANG ramai menolak gerabak kereta api untuk menyelamatkan seorang lelaki di Mumbai, Rabu lalu. – X

Orang ramai menunjukkan semangat kemanusiaan luar biasa di stesen Vashi Navi, Mumbai apabila mereka menolak sebuah kereta api 12 gerabak dalam usaha menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap, lapor saluran berita News 18 kelmarin.

Rakaman video insiden yang menunjukkan orang ramai menolak gerabak kereta api itu tular di media sosial.
 

Menurut laporan portal berita Mid-day, pegawai kereta api mengesahkan kejadian itu sebagai  kes pencerobohan landasan. Beliau  menekankan pentingnya menggunakan jejantas ketika melintas landasan.



Dalam kejadian itu, lelaki tersebut mendapati dirinya dalam bahaya semasa melintas landasan kereta api.

Namun, kereta api yang membawa 12 gerabak itu mengaktifkan brek kecemasan, menyebabkan lelaki itu tersepit di bawah tren.

Orang ramai di lokasi kejadian kemudian mengerahkan tenaga untuk menolak gerabak kereta api di  landasan tersebut.

Percubaan awal tidak membuahkan hasil. Bagaimanapun mereka tidak berputus asa dan berjaya mengalihkan gerabak berkenaan untuk mengeluarkan mangsa. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading