Tasik muncul di tempat paling panas di dunia

Oleh – Syeikh Baran


Tasik muncul di tempat paling panas di dunia
Tasik sementara di dataran Badwater Basin di Taman Negara Death Valley dirakam pada 23 Oktober 2023. – AFP

Hujan lebat berserta ribut yang membadai negeri California baru-baru ini mencetuskan fenomena luar biasa kemunculan sebuah tasik di tempat paling panas dunia Taman Negara Death Valley.

Saluran berita NBC News melaporkan, tasik itu terbentuk di dataran Badwater Basin pada Ogos 2023 selepas Taman Negara Death Valley yang merupakan kawasan gurun, menyaksikan hujan lebat dan banjir kilat dibawa Taufan Hilary.



Seorang pegawai taman Negara Death Valley berkata, fenomena hujan lebat berterusan sejak dua minggu lalu di negeri California dijangka mengekalkan kewujudan tasik itu lebih lama daripada yang dijangkakan.

Renjer taman berkenaan, Abby Wines berkata: “Kami sangka tasik ini akan hilang menjelang Oktober 2023. Kami terkejut apabila ia masih kekal selepas enam bulan,” katanya.

Taman Negara Death Valley yang kebiasaannya menerima taburan hujan sekitar 50 milimeter setahun, merekodkan hujan 127 milimeter dalam tempoh enam bulan lepas.

Selain bencana banjir yang merosakkan infrastruktur dan bangunan, fenomena hujan lebat itu  turut meninggalkan tasik sepanjang 11.3 kilometer, lebar 6.4 kilometer dan sedalam 0.6 meter. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button