Bunuh isteri dan rakam swafoto mangsa

Oleh – Syeikh Baran


Bunuh isteri dan rakam swafoto mangsa
Vieira dibunuh sebelum gambar mayatnya dihantar kepada keluarga mangsa. – Daily Star

Seorang lelaki di Brazil ditahan polis selepas membunuh isterinya dan menghantar gambar swafoto yang dirakam bersama mayat wanita berkenaan kepada keluarga dan rakan mangsa.

Akhbar Daily Star melaporkan, Jose Torres, 39, didakwa menikam isterinya, Danielle Vieira, 34, di bandar Itopororoca pada Khamis lalu.
 
Suspek kemudian merakam swafoto bersama mayat isterinya sebelum menghantar gambar itu kepada keluarga mangsa.
 

Torres kemudian berusaha mengelak daripada dikenakan hukuman dengan menikam dirinya sendiri, namun dia dibawa ke hospital dan diselamatkan oleh pakar bedah.



Seorang anak lelaki kepada pasangan itu yang berusia 16 tahun cuba mendapatkan bantuan namun dia sudah terlambat. 

Mangsa juga sempat menghantar mesej kepada keluarga ibunya sebelum dia dibunuh.

Ketua polis tempatan, Sylvio Robelo berkata, Torres pernah menyerang Vieira sebanyak dua kali sebelum pembunuhan berlaku. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button