Trump setuju Rusia serang negara NATO
Oleh – Syeikh Baran
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menggalakkan Rusia menyerang negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang tidak memenuhi tanggungjawab kewangan mereka.
Dengan penggubal undang-undang AS membahaskan bantuan baharu untuk memberi bantuan kepada Ukraine, Trump berulang kali menyatakan adalah tidak adil menyerahkan komitmen kepada Washington untuk mempertahankan 30 negara anggota NATO yang lain.
Bercakap pada perhimpunan kempen di South Carolina Sabtu, Trump melakukan perbualan dengan rakan ketua negara dalam mesyuarat NATO yang tidak dinyatakan.
“Seorang presiden dari sebuah negara besar berkata: ” Baiklah, jika kami tidak membayar, adakah kami akan diserang Rusia, anda akan melindungi kami? dan saya menjawab, ‘Anda tidak bayar, anda culas?
“Tidak, saya tidak akan melindungi anda. Malah saya akan menggalakkan melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Anda perlu membayar bil anda,” katanya.
Kenyataan Trump itu dibuat susulan tindakan Senator Republik menolak rang undang-undang dwipartisan yang bakal merangkumi pembiayaan baharu, bantuan kepada sekutu Israel dan reformasi menangani krisis sempadan AS-Mexico, pada Rabu lalu. – AFP
Sumber – SINAR HARIAN