UMNO kekal tolak cadangan Kor Ming

Oleh – Syeikh Baran


UMNO kekal tolak cadangan Kor Ming
Ahmad Zahid (tengah) pada sidang akhbar di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di Bagan Datuk hari ini.

UMNO kekal dengan pendirian menolak cadangan Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, biarpun Kor Ming menyatakan telah menghubungi pemimpin-pemimpin UMNO untuk berbincang tentang perkara berkenaan, mereka kekal dengan pendirian menolak cadangan tersebut.



Bahkan, beliau turut memberitahu bahawa Kor Ming tidak pernah berhubung dengannya berkaitan perkara itu.

“Dia tidak pernah menghubungi saya, mungkin pemimpin yang lain. Bagaimanapun, Setiausaha Agung parti, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki telah mengeluarkan kenyataan dan itulah pendirian rasmi daripada UMNO,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Kor Ming bahawa beliau telah menghubungi pemimpin-pemimpin UMNO bagi mengadakan mesyuarat berkaitan cadangan tersebut.

Menurut menteri berkenaan, ia sekali gus memberi kefahaman kepada para pemimpin UMNO dan menepis sentimen yang dimainkan oleh pihak pembangkang dari Perikatan Nasional (PN).



Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan kunjungan kasih Tahun Baharu Cina di kediaman mendiang ibu angkatnya, Cheah Seoh Lian di Taman Desa Bersatu di Hutan Melintang di sini.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading