Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024

Oleh – Syeikh Baran


Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron (kanan) Wooi Yik Foto: AFP

BEREGU lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai ‘senjata rahsia’ apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.

Bekas juara dunia 2022 Aaron memaklumkan, corak latihan baharu yang diperkenalkan barisan kejurulatihan itu, turut bagi mempersiapkan diri mereka dalam menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, yang akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Aaron-Wooi Yik ketika ini berada di kedudukan kelima dalam ranking dunia dan ‘Race to Paris’.



“Saya rasa kesemuanya berjalan lancar mada ini pada ketika kita menjalani program latihan untuk persediaan Sukan Olimpik, jadi kita sedang menyesuaikan diri dengan program latihan baharu… tetapi kita tidak boleh ceritakan.

“Ini mungkin kejohanan berpasukan kali ke-10 atau lebih yang telah disertai oleh kami. Saya rasa bahagian beregu lebih seronok, sebab kita boleh main scratch pair dan rakan sepasukan ada di belakang untuk beri sokongan,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, pada Isnin.

Cabaran Malaysia yang turun sebagai juara bertahan digalas empat pemain perseorangan iaitu Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe, manakala Aaron-Wooi Yik, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri, bagi saingan beregu.

Sebagai rekod, BATC itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City bermula esok sehingga 18 Februari. – Bernama

Sumber – BERITA HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker