Asingkan pusat karaoke, spa dari perumahan, sekolah

Oleh – Syeikh Baran


Asingkan pusat karaoke, spa dari perumahan, sekolah
MOHD. JAFNI (kiri) mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan SWM Environment daripada Mohd. Norlisam di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, hari ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini digesa untuk melaksanakan kaedah pengezonan khususnya melibatkan premis perniagaan berbentuk hiburan seperti spa, karaoke dan lain-lain.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, langkah itu akan memberikan situasi ‘menang-menang’ kepada semua pihak terlibat.

Menurut beliau, langkah sedemikian turut disokong polis kerana memudahkan mereka untuk membuat pemantauan dan sebagainya.

“Beberapa tahun lalu di Kulai, kita berdepan satu masalah apabila premis spa beroperasi di kawasan berhampiran perumahan dan kampung-kampung, jadi banyak aduan diterima daripada penduduk.



“Bagi melakukan penambahbaikan, kita laksana kaedah ‘zoning’ dengan mengumpulkan premis-premis sedemikian untuk beroperasi di kawasan tertentu. Maksudnya premis spa dan karaoke tidak beroperasi secara bersepah di kawasan perumahan, kampung-kampung atau berhampiran sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan SWM Environment untuk disalurkan kepada 750 keluarga B40 di negeri ini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Jafni turut memberitahu, pihaknya telah menggesa kesemua 16 PBT di negeri ini untuk memperkasa operasi melibatkan premis perniagaan yang dikendalikan warga asing.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker