Tiga bot penumpang ditahan langgar syarat sah lesen

Oleh – Syeikh Baran


Tiga bot penumpang ditahan langgar syarat sah lesen
Bot berkenaan ditahan ketika anggota penguat kuasa Maritim melakukan pemeriksaan rutin ke atas beberapa buah bot di kawasan peranginan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan menahan tiga bot penumpang selepas melanggar syarat sah lesen di perairan Negeri Sembilan pada petang Isnin.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, bot berkenaan ditahan ketika anggota penguat kuasa Maritim melakukan pemeriksaan rutin ke atas beberapa buah bot di kawasan peranginan.



“Kesemua bot ditahan di kedudukan 0.1 batu nautika tenggara Pulau Terumbu, 0.1 batu nautika barat laut Tanjung Tuan dan 0.3 batu nautika barat pantai Port Dickson.

Tiga bot penumpang ditahan langgar syarat sah lesen
Kesemua bot ditahan di kedudukan 0.1 batu nautika tenggara Pulau Terumbu, 0.1 batu nautika barat laut Tanjung Tuan dan 0.3 batu nautika barat pantai Port Dickson.

“Bot seterusnya dibawa ke jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disiasat dibawah akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu katanya, pengusaha-pengusaha bot di kawasan tumpuan pelancong dinasihatkan agar mematuhi syarat-syarat sah lesen yang telah ditetapkan.
 
“Ia bagi membolehkan pelancong atau penumpang mendapat ganti rugi yang sewajarnya jika berlaku perkara yang tidak diingini semasa melakukan aktiviti di air.
 
“Maritim Malaysia sentiasa peka dan serius melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan agar keselamatan di laut lebih terjamin terutamaya pada musim cuti sekolah ini,” katanya.
 
Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button