Wanita lemas di tasik kerana kemurungan

Oleh – Syeikh Baran


Wanita lemas di tasik kerana kemurungan

Polis telah mengenal pasti identiti wanita yang ditemukan lemas dalam keadaan tidak berpakaian di Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana, semalam.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa merupakan wanita tempatan berusia 53 tahun.

Kata beliau, motif kejadian dipercayai akibat mangsa mengalami kemurungan.

“Identiti mangsa sudah dikenal pasti selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang yang mengesahkan punca kematian adalah akibat lemas.

“Mangsa merupakan penduduk di kawasan sekitar, motif kejadian dipercayai mangsa mengalami kemurungan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang wanita tidak berpakaian ditemukan maut akibat lemas di Tasik Pandan Lake View, Pandan Perdana di sini.



Kejadian itu dimaklumkan oleh orang awam selepas melihat mangsa berjalan kearah tasik itu tanpa berpakaian pada pukul 8.13 pagi.

Mayat mangsa berjaya dibawa naik oleh pihak bomba dua jam selepas kejadian itu dilaporkan namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading