Prabowo mendahului undian setakat petang ini

Oleh – Syeikh Baran


Prabowo mendahului undian setakat petang ini
Prabowo membuang undi di sebuah pusat mengundi di Bogor, Jawa Barat hari ini. – AFP

Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto mendahului perlumbaan merebut jawatan Presiden Indonesia berdasarkan keputusan awal kiraan pantas yang diadakan selepas tempoh mengundi tamat.

Keputusan rasmi pilihan raya umum Indonesia (Pemilu 2024) tidak akan dikeluarkan sehingga bulan depan, namun sekurang-kurangnya dua badan yang dilantik menjalankan kiraan pantas melaporkan bahawa Prabowo memperoleh kutipan undian lebih 55 peratus.



Berdasarkan kiraan pantas hari ini, badan Pollster Poltracking melaporkan bahawa Prabowo memperoleh undian 59.77 peratus, manakala Cyrus Network-CSIS melaporkan undian 58.62 peratus.

Prabowo perlu memperoleh lebih 50 peratus daripada undian keseluruhan dan sekurang-kurangnya satu perlima daripada jumlah undian yang dikeluarkan di lebih separuh daripada 38 wilayah Indonesia untuk mengatasi pesaingnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo.

“Harapan saya adalah untuk menang,” kata Prabowo kepada pemberita sebelum beliau mengundi di bandar Bogor pagi tadi.

Prabowo, 72, dijadual berucap kepada penyokong pada petang ini selepas dijangka menggantikan Presiden Joko Widodo (Jokowi). Beberapa pemerhati politik mendakwa bahawa Jokowi secara tidak langsung menyokong kempen pilihan raya Prabowo.



Sebanyak 800,000 pusat mengundi dibuka pada hari ini dengan pusat mengundi paling awal dibuka di wilayah bergolak Papua, dan paling lewat ditutup sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) di wilayah Sumatera. – AFP

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button