Tunggu sahaja kiraan undi rasmi

Oleh -Syeikh Baran


Tunggu sahaja kiraan undi rasmi
Anies Baswedan. – AFP

Calon pilihan raya Presiden Indonesia 2024 (Pilpres 2024), Anies Baswedan tampil tenang dengan menyatakan bahawa semua pihak perlu menanti sehingga keputusan rasmi diumumkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Umum Indonesia, lapor stesen penyiaran Al Jazeera.

“Lebih baik kita menunggu jawatankuasa pilihan raya selesai mengira undi,” katanya di pusat kempen di Jakarta.



Beliau mengulas mengenai kaedah kiraan pantas yang dilakukan ketika ini. 

Ia menyaksikan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto mendahului perlumbaan merebut jawatan Presiden Indonesia berdasarkan keputusan awal kiraan pantas yang diadakan selepas tempoh mengundi tamat.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau yakin pilihan raya itu berjalan dengan lancar dan adil, Anies menjawab: “Setakat hari ini, kita belum tahu lagi, tetapi itulah harapan kita. Saya berharap dan saya menjangkakan ia akan dilakukan dalam cara yang betul.” – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading