Bawa dua anak ketika berkhalwat

Oleh – Syeikh Baran


Bawa dua anak ketika berkhalwat
Pegawai penguat kuasa PADK (tengah) melakukan soal siasat ke atas sepasang kekasih yang ditahan di sebuah bilik hotel dalam operasi pencegahan jenayah syariah di Pekan Lunas, Kulim malam tadi.

Tindakan seorang ibu tunggal membawa dua anaknya berusia empat dan enam tahun menginap di sebuah hotel di Pekan Lunas, di sini untuk mengaburi mata orang ramai gagal apabila dia dan teman lelaki dicekup berkhalwat, malam tadi.

Dalam Op Kasih Sayang sempena sambutan hari kekasih oleh Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kira-kira pukul 10.55 malam itu, wanita berusia 41 tahun terbabit dicekup dengan pasangannya berusia 43 tahun.



Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan operasi pencegahan jenayah syariah sempena hari kekasih di daerah itu pada malam semalam hingga awal pagi tadi.

Katanya, hasil pemeriksaan di sebuah hotel di Pekan Lunas itu mendapati terdapat seorang lelaki dan perempuan bersama dua kanak-kanak berada di dalam bilik dalam keadaan mencurigakan.

“Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku dua kanak-kanak iaitu lelaki berusia enam tahun serta perempuan berusia empat tahun adalah anak kandungnya, manakala lelaki itu pula teman lelakinya.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan suami isteri atau mahram. Pasangan itu kemudian ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk dibuat laporan tangkapan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Menurutnya, pasangan itu masing-masing menetap di Pulau Pinang dan datang ke daerah ini dipercayai untuk memadu kasih sempena hari kekasih.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button