Lelaki bakar kereta peronda, conteng perkataan jelik ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki bakar kereta peronda, conteng perkataan jelik ditahan
Kereta peronda yang terbakar di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damamsara, Petaling Jaya, awal pagi tadi.

eorang pekerja p-hailing ditahan selepas disyaki membakar kereta polis bantuan dan menconteng perkataan jelik di hentian bas di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damamsara, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 1.52 pagi tadi.



“Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Kami turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan dalam tangkapan itu,” katanya hari ini.

Mohd Fakhrudin berkata, siasatan awal dilakukan mendapati suspek juga ada melakukan vandalisme dengan menconteng hentian bas itu sebelum membakar kereta berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading