Sarimah Ibrahim serius mahu buat kemunculan semula

Siap ambil kelas lakonan jurulatih Natalie Portman

Sarimah Ibrahim serius mahu buat kemunculan semula

Sarimah Ibrahim serius mahu buat kemunculan semula
Sarimah bersedia kembali bidang seni selepas lama berehat.

PELAKON dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim sudah bersedia kembali aktif dalam bidang seni malah ketika ini sedang giat mengambil kelas lakonan dengan bimbingan jurulatih dari luar negara.

Sarimah, 45, berkata, dia mendapatkan khidmat jurulatih lakonan Gerry Grennell yang berpangkalan di Ireland dan pernah melatih pelakon terkenal Hollywood iaitu Natalie Portman dan mendiang Heath Ledger.

“Sekarang ini saya sedang lakukan latihan bersama jurulatih yang pernah melatih pelakon Natalie Portman dan Heath Ledger iaitu Gerry Grennell.



Sarimah Ibrahim serius mahu buat kemunculan semula
Sarimah bersama Gerry Grennell semasa kelas lakonan atas talian.

 

 

“Latihan secara atas talian sebanyak dua kali seminggu untuk tingkatkan kemahiran lakonan. Saya ambil inisiatif ini untuk mendalami ilmu dan kaedah lakonan yang betul,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sarimah berkata, latihan dibuat itu berjalan dengan baik malah dia semakin mengenali kemahiran dimiliki yang ada diantaranya tidak diketahui sebelum ini.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?


“Apabila belajar dengan Gerry saya mula risau sebab tidak tahu sama ada saya ini okay atau tidak… Tapi bila dia bagi maklum balas baru saya tahu di mana kemampuan saya.

“Untuk masa ini, dia kata okay dan teruskan dengan apa yang saya minat… Lega apabila Gerry memberi maklum balas seperti itu,” ujarnya.



Saya ambil inisiatif ini untuk mendalami ilmu dan kaedah lakonan yang betul.

CHE PUAN SARIMAH

PELAKON/PENGACARA

Sementara itu, Sarimah berharap selepas ini dia akan lebih kerap mendapat peluang muncul dalam program televisyen atau filem selain menyimpan hasrat mencipta nama di luar negara.

Dedah Sarimah dia lebih berminat untuk berlakon dalam drama atau filem aksi malah sudah menghadiri uji bakat bagi sebuah projek luar negara baru-baru ini.

 

Sarimah Ibrahim serius mahu buat kemunculan semula
Sarimah mendapat restu daripada suami untuk kembali aktif sebagai pelakon.

“Saya berkebolehan dalam seni mempertahankan diri seperti karate, insya-Allah kalau ada tawaran sesuai saya akan lakukannya.



“Baru-baru ini pun ada pengarah minta saya hantar video untuk sebuah filem aksi, sampai bengkak-bengkak badan sebab buat latihan.

“Fokus saya sekarang filem aksi atau pun dramatik… Kalau genre romantik risau kalau suami cemburu,” ujarnya.

Sarimah Ibrahim serius mahu buat kemunculan semula


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai



 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button