Kecoh biawak gergasi masuk tandas

Oleh – Syeikh Baran


Kecoh biawak gergasi masuk tandas
Biawak itu bersembunyi di dalam tandas di dalam bilik sewa pasangan tersebut. – Sanook

Seekor biawak mencetuskan kekecohan apabila merangkak masuk ke dalam tandas sebuah bilik sewa di wilayah Chachoengsao, Thailand, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Penghuninya, Prasitthichok menghubungi pasukan penyelamat selepas reptilia bersaiz lebih 2 meter panjang itu masuk ke dalam tandas.



Menurut Prasitthichok, dia pada awalnya mengetuk pintu bilik sewanya sebelum ia dibuka oleh teman wanitanya. 

Ketika hendak masuk, biawak itu merangkak ke dalam bilik sewa mereka sehingga menyebabkan teman wanitanya melarikan diri. Ia kemudian bersembunyi di dalam tandas. 

Anggota penyelamat kemudian dipanggil ke bilik sewa di Pasar Bang Khla, daerah Bang Pakong itu. 

Sejurus tiba, mereka menggunakan tali untuk mengikat biawak tersebut sebelum melepaskannya ke dalam hutan berhampiran sebuah terusan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading