Bas lawan arus elak lebuh raya sesak

Oleh – Syeikh Baran


Bas lawan arus elak lebuh raya sesak
GAMBAR fail menunjukkan sebuah bas di Hanoi. – Foto AFP

Seorang pemandu bas didenda kerana sengaja memandu di lorong bertentangan dalam kejadian di Vietnam, lapor portal berita tuoi tre news semalam.

Kejadian berlaku di sebuah lebuh raya dalam wilayah Khanh Hoa, Khamis lalu.



Pemandu bas mengaku dia membuat keputusan untuk memandu di arah bertentangan kerana laluan asal kenderaan itu mengalami kesesakan.

Dia berbuat demikian ketika kesesakan jalan raya berlaku pada pukul 6 petang (waktu tempatan).

Menurut pemandu terbabit yang dikenali sebagai N.T.H dan berusia 34 tahun, dia terpaksa melawan arus untuk menggelakkan penumpang berada terlalu lama di dalam bas kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya. 

Polis trafik mengenakan denda  5 juta dong (RM974.63) terhadap pemandu bas itu, manakala lesen memandunya juga digantung selama tiga bulan, kata Kementerian Ketenteraman Awam.



Denda dikenakan selepas polis menerima aduan pengguna jalan raya bahawa bas tersebut melanggar peraturan lalu lintas. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button