Lelaki ambil periksa pakai baju pengantin

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki ambil periksa pakai baju pengantin
YADAV (tengah) yang berpakaian pengantin mengambil peperiksaan konstabel polis di Uttar Pradesh semalam. – Foto Post English

Seorang pengantin lelaki di negeri  Uttar Pradesh mengambil peperiksaan konstabel polis ketika dalam perjalanan untuk melangsungkan perkahwinan, lapor portal berita NDTV semalam.

Prashant Yadav membuat penampilan mengejutkan apabila dia memakai pakaian pengantin dan menerima tepukan daripada orang  ramai yang berada di pusat peperiksaan tersebut di Mahoba.



Dia membuat keputusan memakai baju pengantin  kerana pusat peperiksaan itu terletak di laluan ke majlis perkahwinannya.

Ketika bercakap tentang keputusan pengambilan peperiksaan itu, Yadav menyuarakan hasrat untuk berkhidmat kepada negara.

Pemuda itu juga menggesa orang ramai supaya lebih mementingkan peperiksaan berbanding dengan perkara lain jika berdepan situasi sepertinya.

Yadav berkata, dia akan mementingkan kerjayanya selepas mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya. – AGENSI        



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading