‘Berarak’ usung motosikal ke balai polis

Oleh – Syeikh Baran


‘Berarak’ usung motosikal ke balai polis
Tangkap layar video tular sekumpulan pelajar menunda motosikal di Jalan Kemboja, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, hari ini.

Seramai 26 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diarah menolak motosikal mereka sejauh 3.5 kilometer ke Balai Polis Bukit Sentosa susulan aduan orang ramai berhubung bunyi bising, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kesemua mereka diambil tindakan ketika berada di sebuah banggunan kosong, Jalan Kemboja, Bukit Sentosa, di sini, kira-kira pukul 2 petang tadi.



“Pemeriksaan membabitkan 28 remaja lelaki berusia 17 tahun dan 27 buah motosikal.

“Semakan lanjut mendapati 26 daripada mereka merupakan calon SPM di sebuah sekolah menengah di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan semakan dilakukan, Faizal memaklumkan pihaknya mengeluarkan enam saman berkaitan tiada nombor pendaftaran dan tiada cermin sisi.

“Tindakan ini diambil ekoran aduan daripada pihak sekolah dan juga penduduk. Hari ini sahaja pihak polis terima enam aduan berkait bunyi bising,” katanya.



Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar berpakaian sekolah menunda motosikal mereka di bahu jalan di Jalan Kemboja, di sini.

Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading