Hidup saya sekarang macam gelas kosong

Oleh – Syeikh Baran


Hidup saya sekarang macam gelas kosong
MAWAR kini berlapang dada dengan kehidupannya sebagai seorang janda. – AFIQ RAZALI.

Pelakon Mawar Rashid menyifatkan kehidupannya ibarat ‘gelas kosong’ selepas sah bercerai dengan bekas suami, Raf Yaakob.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, menganggap perceraian adalah satu perjalanan baharu dalam kehidupan bersama anak-anaknya.



“Ini adalah fasa baharu dalam hidup saya dan ini adalah diri saya yang baharu.

“Semuanya mula semula dan saya anggap diri saya seperti gelas kosong,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2, hari ini.

Ditanya mengenai punca perceraian yang berlaku antara mereka, Mawar tetap mengunci mulut demi menjaga aib keluarga.

“Saya juga menghormati pihak yang terlibat. Namun, apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang,” ujarnya.



Dalam masa sama, bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu memaklumkan keadaannya baik-baik sahaja, selain masalah mental pun sudah beransur pulih.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan mengumumkan perpisahan mereka menerusi Instagram pada 23 November lalu.

Adik kepada cef selebriti Fazley Yaakob itu turut menegaskan perceraian dengan bekas isteri bukan disebabkan kehadiran orang ketiga.

Hasil perkahwinan, pasangan terbabir dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading