Hj Hadi akan letak jawatan tempoh terdekat?

Oleh – Bakhtiar Omar


Hj Hadi akan letak jawatan tempoh terdekat?

Siapa selepas Tan Sri Hj Hadi Awang yang akan terajui Parti Islam Se-Malaysia (PAS) jika beliau meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat?



Keadaan kesihatan Presiden PAS itu banyak menimbulkan persoalan kemampuan beliau untuk terus menerajui kepimpinan PAS dalam politik serba mencabar hari ini.

Ternyata Hj Hadi telah GAGAL membawa PAS ke Putrajaya walau pernah beliau sendiri menyatakan sudah cukup jumlah untuk membentuk kerajaan pusat.

Keluar masuk hospital dan kesihatan yang merosost sebenarnya menjadi isyarat untu Hj Hadi melepaskan jawatan dan membuka ruang baru kepada penggantinya.

Hj Hadi akan letak jawatan tempoh terdekat?
Foto Arkib

Namun demikian, beliau masih enggan melepaskan kedudukannya selaku Presiden PAS dan tiada siapa tahu mengapa beliau begitu ‘sayangkan’ jawatan tersebut.



Hj Hadi perlu sedar bahawa jawatan yang disandangnya hanyalah milik dunia dan tidak kekal bersamanya kelak. Bagaimana seorang yang bergelar ‘Ulama’ masih enggan menerima hakikat beliau sebenarnya banyak mendatangkan mudarat kepada parti?

Adakah itu tandanya Hj Hadi sayangkan dunia jauh dari sayangkan akhirat?

Hj Hadi akan letak jawatan tempoh terdekat?

Ramai berpendapat, Tuan Ibrahim Tuan Man antara calon paling sesuai menggantikan Hj Hadi namun tidak semua ahli PAS bersetuju.



Karektor Idris Ahmad selaku Naib Presiden PAS tidak menyerlah malah ramai akan terpinga jika nama beliau disebut sebagai pengganti Hj Hadi.

Mohd Amar Abdullah pula dikatakan sangat tidak sesuai untuk diletakkan sebagai pemimpin nombor 1 PAS kerana beberapa kontroversi melibatkan beliau di Kelantan.

Ahmad Samsuri Mokhtar nampak mempunyai kredibiliti pengganti Hj Hadi, malah beliau juga pernah diuar-uarkan sebagai Perdana Menteri Ke-11 sekiranya Perikatan Nasional berjaya menumbangkan Anwar Ibrahim menerusi kaedah ‘tebuk atap’.

Sosok yang lebih diyakini mampu membawa ‘nafas baru’ dalam PAS ialah Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS.



Ini berdasarkan kemampuan Takiyuddin yang dikatakan lebih professional dan bijak dalam percaturan politik untuk kepentingan PAS.

Tidak menafikan kebijaksanaan Tuan Ibrahim, namun gaya ortodoks Tuan Ibrahim dikatakan sudah tidak relevan dengan arus politik yang semakin kehadapan.

HAJI HADI PERLU DIGANTIKAN DENGAN SEGERA JIKA PAS MAHU TERUS RELEVAN DALAM POLITIK PERDANA

Hj Hadi akan letak jawatan tempoh terdekat?

Kerjasama politik tanpa sempadan diperlukan PAS bagi memastikan ‘nyawa’ politik parti itu tidak disekat atau tersekat hanya kerana berpegang kepada prinsip parti yang meletakkan pelbagai syarat untuk bekerjasama.



Lihat sahaja keadaan PAS hari ini bila bersama dalam Perikatan Nasional bersama BERSATU. Adakah PAS diberikan hak untuk ‘bersuara’ dan bersama dalam menentukan hala tuju PN?

Jika dihitung kekuatan dari jumlah kerusi Parlimen dan DUN, ternyata PAS lebih dominan, namun PAS hari ini kelihatan umpama ‘Hamba Tebusan’.

Apa sahaja yang mahu diucapkan para pemimpin PAS perlu mendapat keizinan daripada kepimpinan BERSATU dan mereka tidak boleh menjadi ‘suara’ untuk sebarang keputusan PN.

Mengapa sampai begitu sekali PAS ditundukkan dalam Perikatan Nasional? Adakah PAS tidak memberi nilai tambah kepada PN dalam PRU15 dan PRN 2024 yang lepas?



Mengapa dinafikan suara PAS sebagai sebahagian pembuat dasar Perikatan Nasional? Siapa kalangan pemimpin PAS yang berani melakukan revolusi bagi mengangkat martabat PAS?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button