Janna Nick Mengakui Dirinya Seorang Isteri Yang Sangat Sensitif!
Dikritik Bercakap Dengan Nada ‘Mengada’ Seperti Bayi
Janna Nick Mengakui Dirinya Seorang Isteri Yang Sangat Sensitif!
Dari kaca mata sang isteri, suami lebih kasar bercakap berbanding seorang isteri. Namun kebiasaannya, suami tidak sedar yang kata-katanya kasar untuk dihadam oleh isteri. Ini kerana sebenarnya si suami bercakap lebih didominasi oleh akal dan logik.
Sebab itulah, isteri yang fikirannya didominasi hati dan emosi amat mudah tersinggung dan sakit hati dengan kata-kata suami.
Dalam Islam, perkahwinan bukan sekadar menyatukan dua insan yang saling mencintai kerana Allah, tetapi merupakan sebahagian daripada menjalankan perintah agama dan mengikut sunnah yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Oleh itu, adab suami terhadap isteri ialah si suami hendaklah bercakap dengan bahasa yang lemah lembut dan menjauhi kata-kata kasar serta cacian yang boleh menyakiti hati isteri. Nabi Muhammad SAW juga berpesan kepada para suami, supaya mereka melayan isteri dengan baik termasuk bersabar dalam menasihati mereka serta tidak menyakiti mereka.
Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Janna Nick mengakui tidak boleh menerima sekiranya suaminya, Dini Schatzman bersuara dalam nada tinggi untuk berkomunikasi.
Janna atau nama penuhnya Nurul Janna Muner, 29, berkata hatinya sangat sensitif jika terdapat individu yang berbual dalam tinggi dengannya terutama suami.
“Dulu Dini tidaklah cakap dengan nada lembut sangat. Saya tidak boleh dengan seseorang yang cakap dalam nada keras atau tinggi suara.
“Lama-kelamaan dia pun sudah terbiasa cakap dengan begini dengan saya. Kalau dia cakap kasar saya akan mudah terganggu dan rasa dia seorang panas baran,” katanya dalam sebuah video.
Bukan sahaja dirinya, bintang filem Pasal Kau itu juga memberitahu Dini juga turut merasai hal sama sekiranya dia bercakap dalam nada suara yang tinggi.
Jelasnya, dia dan Dini tidak pernah terlintas untuk ‘berlakon’ beraksi mesra dan sopan di depan kamera.
“Sekarang ini, kalau tiba-tiba saya marah dan tertinggi suara, dia pun akan jadi sensitif dan terasa.
“Jadi, kami lebih selesa berkomunikasi sebegini. Kami juga bukan sengaja nak mengada-ngada berbual seperti bayi (manja) tetapi inilah diri saya.
“Saya tiada memori pada zaman kecil, jadi sekarang ini saya mahu cipta balik,” jelasnya.
Dalam pada itu, dia juga menasihatkan pasangan lain agar melayan pasangan dengan cara yang sepatutnya.
“Kalau tak selesa, jangan buat tetapi layanlah pasangan dengan baik.
“Kami sudah lama bersama, romantik sudah tiada tetapi ini usaha. Kalau dia sudah lama tak rasa dilayan seperti permaisuri, saya akan suarakan padanya,” katanya lagi.
Janna berkata demikian bagi menjawab beberapa komen segelintir wanita yang mahu pasangan mereka mempunyai sikap seperti Dini.
“Kenapa suami saya tak sepetti Dini, maksudnya perangai dia. Stres,” komen netizen.
Sebelum ini, Dini pernah meraih pujian kerana sering memuat naik video memaparkan dia melayan dan menjaga Janna dengan baik sehingga membuatkan ramai cemburu.
Janna Nick Mengakui Dirinya Seorang Isteri Yang Sangat Sensitif!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…
- Kes Aman Palestin: ISMA Nafi Ada Hubungan, PAS Membisu Seribu Bahasa
- Mungkin Kalau Hasmah, Marina, Mirzan, Mokhzani Dan Mukhriz Jadi Panel RCI, Mahathir Akan Beri Kerjasama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :