Lelaki ambil periksa pakai baju pengantin
Oleh – Syeikh Baran
Seorang pengantin lelaki di negeri Uttar Pradesh mengambil peperiksaan konstabel polis ketika dalam perjalanan untuk melangsungkan perkahwinan, lapor portal berita NDTV semalam.
Prashant Yadav membuat penampilan mengejutkan apabila dia memakai pakaian pengantin dan menerima tepukan daripada orang ramai yang berada di pusat peperiksaan tersebut di Mahoba.
Dia membuat keputusan memakai baju pengantin kerana pusat peperiksaan itu terletak di laluan ke majlis perkahwinannya.
Ketika bercakap tentang keputusan pengambilan peperiksaan itu, Yadav menyuarakan hasrat untuk berkhidmat kepada negara.
Pemuda itu juga menggesa orang ramai supaya lebih mementingkan peperiksaan berbanding dengan perkara lain jika berdepan situasi sepertinya.
Yadav berkata, dia akan mementingkan kerjayanya selepas mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE