Polis tahan lelaki warga asing pukul, samun pekerja bank di Jalan Gaya
Polis tahan lelaki warga asing pukul, samun pekerja bank di Jalan Gaya
KOTA KINABALU: Seorang pekerja wanita sebuah bank berdepan detik cemas apabila dipukul sebelum disamun seorang lelaki warga asing dalam kejadian berhampiran sebuah hotel di Jalan Gaya, di sini, pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 50 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan kayu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris, berkata kejadian berlaku ketika wanita terbabit sedang berjalan kaki ke tempat kerjanya.
Bagaimanapun, katanya, mangsa tiba-tiba didatangi seorang lelaki dan dipukul menggunakan kayu dari arah belakang.
“Mangsa cuba mempertahankan diri, namun suspek memukulnya beberapa kali.
“Suspek kemudian menarik beg tangan wanita itu sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, tular klip video di aplikasi WhatsApp sejak pagi tadi, memaparkan wanita itu dipukul sebelum beg duitnya dilarikan seorang lelaki.
Kalsom berkata, mangsa yang cedera di kepala dan badan mengalami kerugian kira-kira RM5,000 termasuk kehilangan telefon pintar dan wang tunai.
Katanya, kejadian sempat dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan suspek lelaki warga asing berusia 29 tahun berjaya ditahan pada jam 2.30 pagi semalam.
“Suspek yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ditahan di Kampung Pondo, Pulau Gaya.
“Suspek positif dadah jenis metaphetamine dan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.
Polis tahan lelaki warga asing pukul, samun pekerja bank di Jalan Gaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapiā¦
- Kes Aman Palestin: ISMA Nafi Ada Hubungan, PAS Membisu Seribu Bahasa
- Mungkin Kalau Hasmah, Marina, Mirzan, Mokhzani Dan Mukhriz Jadi Panel RCI, Mahathir Akan Beri Kerjasama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :