Potong rambut guna api

Oleh – Syeikh Baran


Potong rambut guna api
Rambut pelanggan dipotong menggunakan semburan api. – X

Seorang tukang gunting rambut di India menjadi perhatian pengguna media sosial kerana memotong rambut pelanggan menggunakan api, lapor laman berita India Times kelmarin.

Dalam klip video yang dikongsikan di platform X, tukang gunting tersebut dilihat sedang merapikan dan menggayakan rambut seorang lelaki.



Tidak seperti kebiasaan tukang gunting rambut lain yang menggunakan gunting atau pencukur, lelaki berkenaan sebaliknya menggunakan api yang disembur pada rambut pelanggannya.

Dengan reaksi muka bersahaja dan gerakan tangan  pantas, tukang gunting rambut tersebut pada akhir video dilihat berjaya menggayakan potongan rambut yang menarik untuk pelanggannya.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang kagum melihat kebolehannya.

Namun, ramai juga netizen yang meluahkan kebimbangan terhadap tindakan itu kerana dianggap  berisiko menyebabkan api menyambar pelanggan.



“Ini tidak bagus untuk rambut anda. Orang lain juga terpaksa menghidu bau rambut anda terbakar,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button