Puteri Sarah Jawab Dakwaan Dibelikan Rumah [VIDEO]
“Diorang Dah Tak Ada Kena Mengena Dengan Saya Dah..”
Puteri Sarah Jawab Dakwaan Dibelikan Rumah
Baru-baru ini timbul pula dakwaan yang mengatakan Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail telah membelikan sebuah rumah buat bekas menantu mereka, Puteri Sarah Liyana.
Sedar tentang spekulasi itu, Puteri Sarah tampil menafikannya dan menegaskan rumah yang didudukinya bersama anak-anak ketika ini adalah hasil titik peluhnya sendiri.
Puteri Sarah Liyana akui bekas mentua sudah tak ada kena mengena denganya…
Hah? Kenapa pulak bekas mentua nak belikan saya rumah? Diaorang dah tak ada kena mengena dengan saya dah. Saya beli sendiri dengan duit sendiri.
Kita kerja, ada duit sendiri kenapa nak harapkan orang. Setiap yang gosip tu tak baik tau. Penat kita kerja siang malam, tidur tak cukup, makan tak kenyang, mandi tak basah.
Sudah alang-alang timbul isu macam ni, Puteri Sarah sempat mendedahkan perancangannya yang sedang mencari rumah baharu yang lebih dekat dengan ibunya. Ini kerana ibunya dapat menjaga anak-anaknya sekiranya perlu keluar rumah lebih lama untuk urusan kerja.
Perlukan mama untuk ambil dan hantar anak ke sekolah…
Sekarang saya duduk di condo, tapi dalam masa sama nak cari rumah landed, guarded and gated.
Saya nak cari rumah yang dekat dengan rumah mama saya. Ada di kawasan tu cuma mahal sikit. Tapi tak apa, perlahan-lahan, kita naikkan bisnes dulu, kumpul duit, berjimat.
Saya tak boleh jauh dari mama saya sebab kadang pergi shooting balik lambat, jadi mama la yang tolong ambil dan hantar ke sekolah, bawa diaorang ke rumah mama.
Apapun, semoga Puteri Sarah terus kuat sebagai ibu tunggal demi anak-anak.
@xtra_my Ini penjelasan Puteri Sarah ❤️ #fyp #xtramy #puterisarahliyana #beli #rumah #baru #duit #bekas #mertua #beritaditiktok #sembangentertainment
Kredit: Portal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…
- Kes Aman Palestin: ISMA Nafi Ada Hubungan, PAS Membisu Seribu Bahasa
- Mungkin Kalau Hasmah, Marina, Mirzan, Mokhzani Dan Mukhriz Jadi Panel RCI, Mahathir Akan Beri Kerjasama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Saksi sahkan tidak semua dokumen dijadikan bahan kes