Ali Puteh selesai bayar hutang RM75,486.48 kepada Hidayah

 

Oleh Pena Merah

Ali Puteh selesai bayar hutang RM75,486.48 kepada Hidayah
Ali menyerahkan sendiri hutang sebanyak RM75,486.48 termasuk faedah kepada Hidayah.

“Yang berhutang saya, jadi saya datang sendiri untuk bayar,” kata pelawak Ali Puteh ketika mengulas pertemuan dengan bekas kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM75,486.48 termasuk faedah.

Menerusi video siaran langsung di aplikasi TikTok, Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata semoga tiada lagi timbul sebarang dakwaan berkaitan urusan hutang berkenaan selepas ini.

“Saya harap dengan selesainya urusan hutang ini tiada lagi sebarang dakwaan yang timbul tentang perkara ini,” katanya.



Dalam pertemuan itu, Ali berkata, dia juga menyerahkan surat akaun penerimaan berkaitan wang yang diserahkan kepada Hidayah yang turut ditandatangani bekas kakak iparnya itu.

Menurutnya, dia juga berharap Hidayah dan keluarganya tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengaibkan dirinya dan keluarga.

Katanya, ia juga termasuk memburukkannya dan keluarga di mana-mana platform media sosial atau sebarang video yang boleh mengaibkan.

“Saya berharap Hidayah dan keluarga dapat memberi kerjasama dan sekiranya ada perkara berbangkit, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.



Terdahulu, Ali dilaporkan terpaksa menjual kereta jenis Honda Accord dan motosikal RXZ merah miliknya bagi mengumpul wang untuk menjelaskan hutang kepada bekas kakak iparnya, Nor Hidayah.

Pada masa sama, dia juga turut menjual trofi kemenangan dalam program TV yang pernah disertai termasuk program Maharaja Lawak Mega.

Sebelum ini, Ali juga diperintahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi selepas kalah dalam tuntutan saman fitnah difailkan Hidayah pada Mei 2020.

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker