Azrai buru dua gelaran individu

Oleh – Syeikh Baran


Azrai buru dua gelaran individu
AZRAI (dua dari kanan) meledak lima gol ketika membelasah ATM 15-1 pada aksi MHL di Stadium Hoki KPM kelmarin. – MHC

PENYERANG Tenaga Nasional Berhad (TNB), Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal meletakkan sasaran untuk mempertahankan status sebagai penjaring terba­nyak Liga Hoki Malaysia (MHL) pada saingan musim ini.

Setakat ini, dia yang juga pemain kebangsaan sudah meledak 12 gol, namun masih jauh jika dibandingkan dengan 40 gol ketika membantu TNB muncul naib juara MHL musim lalu.



Justeru, Azrai tekad untuk meneruskan sentuhan penyudah yang ditampilkan bagi memastikan dia dapat mengekalkan gelaran penjaring terbanyak ­selain membantu TNB mencapai sasaran meraih trebel.

“Musim lepas saya mendapat anugerah sebagai penjaring terbanyak, jadi kalau ada rezeki sudah pasti saya mahu mempertahankan gelaran itu kerana kami sebagai pasukan mahu meraih kejuaraan trebel.

“Setakat ini, saya sudah pun menjaringkan 12 gol dalam ­saingan liga. Sekiranya boleh, saya juga mahu menyambar anugerah MVP (Pemain Paling Bernilai) pada perlawanan akhir nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, penyerang kelahiran Perak itu ‘mengganas’ lagi apabila menjaringkan lima gol ketika membantu TNB mem­belasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 15-1 pada aksi di Stadium Hoki KPM, Bangsar, Kuala ­Lumpur kelmarin.



Azrai nyata gembira dengan aksi ditampilkan pasukan apabila kembali mencatat jaringan besar selepas prestasi agak me­nurun ketika mencatat kemena­ngan 5-1 ke atas Nurinsafi Spor­ting minggu lalu.

“Prestasi pasukan berada dalam keadaan baik tetapi ketika bertemu Nurinsafi agak menurun, mungkin kerana kami bermain dua perlawanan berturut-turut. Jadi, semalam (kelmarin) kami bangkit dan kembali catat jaringan besar,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading