Lelaki bayar duit syiling beli skuter RM5,800

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki bayar duit syiling beli skuter RM5,800
Pembeli itu berdiri di samping beberapa lelaki, sambil memegang replika kunci gergasi skuter elektrik tersebut. – X

Seorang lelaki di  Jaipur, India membeli sebuah skuter elektrik berharga lebih 100,000 rupee (RM5,778) menggunakan duit syiling 10 rupee (RM0.58 sen), lapor laman berita NDTV hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ather Energy, Tarun Mehta berkata, pembeli tersebut membeli skuter daripada model Ather 450 keluaran syarikat motosikal elektrik itu.

Tarun yang kagum dengan kesungguhan lelaki itu menabung berkongsi gambar pembeli tersebut beserta duit syiling yang digunakan untuk membuat bayaran.

“Seorang pelanggan baru sahaja membeli sebuah model Ather 450 di Jaipur menggunakan duit syiling 10 rupee!” katanya dalam keterangan gambar yang dimuat naik di media sosial.

Ia menunjukkan pembeli itu berdiri di samping beberapa lelaki, sambil memegang replika kunci gergasi skuter elektrik tersebut.

Beberapa bungkusan kecil mengandungi duit syiling turut diletakkan di hadapan mereka.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Adakah mereka menimbang berat kesemua syiling itu atau mengiranya?” soal seorang pengguna secara berseloroh. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker