Nga Kor Meng Mesti Berhenti Timbulkan Isu Kontroversi

Nga Kor Meng Mesti Berhenti Timbulkan Isu Kontroversi

Nga Kor Meng Mesti Berhenti Timbulkan Isu Kontroversi

 

Penulis pernah memberikan ulasan mengenai usaha Nga Kor Meng untuk mencadangkan semua kampung baru Cina di Selangor sebagai tapak warisan UNESCO.

Dalam tulisan yang bertajuk Jangan Di Keruhkan Air Yang Jernih penulis membahaskan adalah sangat mustahil cadangan Nga Kor Meng itu menjadi realiti.



Bukan sahaja dari sudut usia kampung tersebut tidak melayakkan pengiktirafan itu.

Malah kampung tersebut tidak mempunyai nilai sejarah dunia yang boleh dipertimbangkan.

Ia hanyalah satu penempatan semula masyarakat Cina oleh kerajaan ketika darurat.

@hamidahosman43



♬ original sound – Hamidah Osman – Hamidah Osman

Antara yang mempunyai pandangan yang sama adalah bekas ADUN Sg Rapat, Perak, Datuk Hamidah Osman.

Dalam sosial media di atas, Hamidah menjelaskan beberapa sebab mengapa cadangan Nga Kor Meng itu adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Persoalannya, adalah mustahil Nga Kor Meng yang juga seorang menteri tidak dinasihati oleh pegawai kementerian beliau.



Atau adakah Nga Kor Meng mempunyai agenda lain dengan mewujudkan polemik politik yang baru?

Juga tidak mungkin Nga Kor Meng tidak sedar, cadangan beliau itu akan menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu.

Ianya boleh mengakibatkan ketegangan kaum di Malaysia.

Bukankah ini adalah satu kesalahan kerana menimbulkan ketegangan kaum dengan memainkan isu 3R?



Mengapa kerajaan tidak bertindak ke atas Nga Kor Meng?

Kenapa DAP tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menegur Nga Kor Meng?

Atau adakah Nga Kor Meng membawa agenda tersirat DAP atau beliau dikambing hitamkan oleh DAP?

Tidak dapat dinafikan, kerjasama antara DAP dengan UMNO serta pengampunan DS Najib memberikan impak politik yang negatif kepada DAP.



Jadi, DAP mesti menimbulkan isu untuk menunjukkan kepada penyokong mereka bahawa mereka masih lagi hero kepada masyarakat bukan Melayu.

Jangan diperjudikan keharmornian kaum demi untuk mendapatkan laba politik.

Ahli politik mesti berhenti mengamalkan strategi kuno untuk mengekalkan populariti diri dan parti mereka.

Sedarlah, kini kita berada di tahun 2024 dan bukannya di era 50’an atau 60’an.



 

Nga Kor Meng Mesti Berhenti Timbulkan Isu Kontroversi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button